Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Monday 16 August 2010

11th of August - 1st Ramadhan


Below is just an excerpt from online news about the accident that took my mom's life. I'm still having a hard time to write. Perhaps another time...


KUALA LIPIS - Pengetua Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands maut manakala suaminya yang memandu kenderaan terbabit cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke bawah tebing.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa, Nishah Ismail bersama suaminya, Ali Hussein Abdul Ghani yang juga Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands sedang dalam perjalanan ke Kuantan atas urusan kerja.
Menurutnya, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 4.30 petang kelmarin di Kilometer 27 Jalan Sungai Koyan - Cameron Highlands.
“Mangsa bersama suami menaiki kenderaan jenis CRV sedang dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuantan. Sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu suami mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke bawah tebing.
“Mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala suami mangsa hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Lipis,” katanya, di sini, kelmarin.
Abdul Razak berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat dan dituntut ahli keluarga sebelum dikebumikan di kampung asal arwah di Kota Bharu, Kelantan



1 comment:

Zuraimah Ismail said...

Innalillah....takziah tuk ko anis...is this new or aku yg tertinggal keretapi?